Ahli Kumpulan

Ahli Kumpulan: Suriani Musa (PENGERUSI) | Roslimi Arifin | Nur Sabarina Hamizan Abd Rashid | Khairul Ezuwan Samsudin | Noor Azwani Asyikin Samad | Mohd Sohami Samsuri | Mariani Ismail | Shamshul Shafie | Norrasilah Daud | Nor Haida Abd Rahman | Mohd Najib Yusuf | Rahayu Hj Sudar | Norazmah Ishak | Fatin Azrin Zuhairi | Annuar Affendi Abdullah

Sunday 30 January 2022

Team Kuning Bersama Pengerusi Kumpulan Kuning

 


Barakah Hotel Ampang, KL



Gambar Kenangan Team Kuning 

Bersama Pengerusi Kumpulan Pn Suriani Musa



L-R (B): Kak Haida, Wani, Pn Suriani, Norazmah, Fatin, Pn Sabarina dan Kak May
L-R (F): En Khairul, En Sohami, Najib, Annuar dan En Roslimi








Kami Ceria, Kami Komited, Kami Hebat...


Yellowwww...YES! YES! YES!

Activities Let's Roll BPD: Together We Achieve More

 


Barakah Hotel Ampang, KL


Activities Let's Roll BPD: Together We Achieve More



Sumbangan dan tanda ingatan oleh 

Pendaftar UiTM Tn Hj Mohamad Nizam Noordin 

kepada semua staf BPD


"Ku Sempurnakan Seikhlas Hati"











Team Kuning bergambar kenangan bersama Pendaftar UiTM
Tn Hj Mohamad Nizam Noordin



RUMUSAN

Staf perlu amalkan dan menerapkan nilai-nilai ESI dan iDART dalam setiap tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk memastikan GRU2025 tercapai. Dalam usaha mencapai GRU2025, ianya perlu bermula dari akar umbi yang myokong misi dan visi universiti. 

Stress ibarat seseorang yang menggenggam tangannya dengan kuat dan ianya memenatkan. Jadi, lepaskan genggaman itu. Jika stress berceritalah pada kawan yang betul. Jangan kongsi dengan sebarangan orang kerana rahsia kita boleh menjadi senjata kepada mereka yang mahu mengambil kesempatan. Oleh yang demikian, tempat pengaduan yang terbaik adalah dengan Allah swt sahaja. Jangan sesekali kongsikan masalah peribadi dan keluarga dengan rakan opis. Ini kerana boleh mewujudkan salah faham jika dikongsikan dengan rakan berlainan jantina. Seelok-eloknya hanya kongsikan masalah yang berkaitan dengan kerja di pejabat sahaja.

"Ku sempurnakan seikhlas hati"... Ingatan bersama untuk semua ketika jalankan tugas dan tanggungjawab, perlu sempurnakan seikhlas hati. Walaupun tanpa balasan yang mungkin tidak akan diterima, lakukan kerja dengan ikhlas kerana Allah swt.

Perlu jaga solat. Solatlah diawal waktu... walau sesibuk mana pun... sebab panggilan solat adalah lebih utama.


Day 2 - 29 Jan 2022: Let's Roll BPD (Activites 6 - Tazkirah Subuh)

 


Barakah Hotel Ampang, KL


Sesi 3: Subuh berjemaah

Tazkirah Subuh - Mencapai Kecemerlangan Dunia & Akhirat



Antara intipati tazkirah subuh yang telah disampaikan oleh Ustaz Barakah Ampang Hotel adalah seperti berikut:


1. Doa yang terbaik adalah doa yang tiada siapa yang tahu.

2. Jika kita mendoakan kebahagiaan kepada orang lain, semua malaikat turut mendoakan kebahagiaan untuk kita.

3. Perjalanan ke syurga penuh berliku sepertimana yang telah Nabi bagi tahu. Syurga dipagari oleh nafsu yang tidak disukai. Manakala, Neraka pula dipagari oleh nafsu yang disukai.

4. Orang yang berjaya adalah orang yang bersedia menyediakan persediaan untuk menuju ke akhirat.

5. Bila kita telah meningkat usia banyak perkara yang tidak mampu dilakukan oleh fizikal.

6. Benda yang ada di dunia ini perlu dibayar dengan nilai.

7. Nilai yang mahal berarti kualitinya juga adalah tinggi.

8. Syurga lebih bernilai jika dibandingkan dengan dunia.

9. Bayaran untuk syurga adalah MUJAHADAH.

10. Lagi banyak kita bermujahadah lagi tinggi pahala yang diperolehi.

11. Contoh MUJAHADAH...mgaji, solat, bersedekah, menghadapi ujian hidup dll. 

12. MUJAHADAH ada 2 jenis

A) Ujian dari Allah swt. Contohnya: ujian banjir, kehilangan disebabkan covid19, rumah hilang sebab banjir. Orang-orang beriman ini termasuk mereka yg mperolehi MUJAHADAH. 

B) Dalam melakukan ketaatan. Datang surau adalah MUJAHADAH. Kedatangan ini bernilai MUJAHADAH kerana diampunkan dosa dan dia diangkat darjatnya.

13. Para Nabi adalah ujian yg teruk. Contoh Nabi Luh masuk dalam perut ikan paus. Nabi Ibrahim masuk dalam api. Nabi Muhammad seawal 40 tahun hilang nama baik. Kehilangan harta benda. Diboikot selama 2 tahun. Kehilangan Cinta. Kematian Abu Talib (bapa saudara Nabi) menyebabkan kehilangan kselamatan. Semua ujian ini adalah untuk memudahkan perjalanan ke syurga.

14. Meniti jalan menuju kejayaan akan diuji.

15. Penambahbaikan dalam level MUJAHADAH. Setiap org MUJAHADAH berbeza-beza. Contoh bermula sebagai seorang Siak.. menjadi tukang azan... dan akhirnya menjadi Imam. 

16. Laungan azan penting kerana bintang akan menjadi saksi kepada sesiapa yang pernah melaungkan azan.

17. Hakikat sebenar kejayaan di dunia perlu diuji.

18. Perlu tingkatkan kualiti ibadah.

19. Sayangnya Tuhan kepada manusia, lagi disayang lagi diuji.

20. Banyak ujian harta yang tewas jika dibandingkan dengan ujian miskin.

21. Kaya di sisi Allah adalah dengan adanya sifat CUKUP.

22. Contoh. Seorang Nelayan tangkap ikan... Lagi byk.. Lagi byk.. Lagi byk... Tiada kesudahan sebab apa? Hanya untuk mendapat kehidupan mewah dan akhirnya memiliki waktu untuk beribadah kepada Allah swt. Adakah semasa miskin, seseorang itu tidak boleh beribadah? 

23. Jangan meletakkan definasi kejayaan mengikut orang lain. Definasi kejayaan adalah berbeza.


Day 1 - 28 Jan 2022: Let's Roll BPD (Activites 5)

 


Barakah Hotel Ampang, KL


Activities Let's Roll BPD

Pemantapan Sinergi Keluarga BPD / Keluarga UiTM



Lucky Draw @ Cabutan Bertuah


Team kuning yang bertuah bagi tahun 2022 adalah:

  • Kak May @ Mariani
  • En Roslimi
  • Annuar
  • En Mohd Sohami
  • Fatin (ahli baharu kumpulan kuning)



Terima kasih. Hadiah belum milik anda.



3 lagi ahli team kuning yang tidak bertuah. 



Kak May - Alhamdulillah, Rezekiku - No. 25




En Mohd Sohami - Alhamdulillah, Rezekiku - No. 2




En Roslimi - Alhamdulillah, Rezekiku - No. 39




Annuar - Alhamdulillah, Rezekiku - No. 14




Fatin - Alhamdulillah, Rezekiku - No. 37





L-R: En Sohami, Annuar, Kak May dan En Roslimi
Alhamdulillah, rezeki kami tahun 2022




Day 1 - 28 Jan 2022: Let's Roll BPD (Activites 4)

 


Barakah Hotel Ampang, KL


Activities Let's Roll BPD

Pemantapan Sinergi Keluarga BPD / Keluarga UiTM


Game Keempat: Lengkapkan Puzzle


  • Setiap kumpulan dibekalkan dengan sekeping gabus putih dan envelope yang berisi kepingan puzzle.
  • Semua ahli kumpulan perlu bekerjasama untuk mencantumkan kepingan-kepingan puzzle menjadi poster lengkap.
  • Tempoh masa yang diberikan sehingga lagu yang dimainkan berhenti.



Setiap ahli kumpulan bekerjasama mencantumkan puzzle 
yang telah betul di atas gabus putih yang diberikan



Puzzle yang telah selesai dicantumkan




Semua ahli kumpulan gigih untuk mencantumkan
puzzle dalam tempoh masa yang diberikan




Setiap ahli kumpulan bekerjasama 
untuk menyusun puzzle




Susunan puzzle yang muktamd dilekatkan 
di atas gabus putih yang diberikan




Masih dalam proses menyusun puzzle




Kata kunci utama puzzle telah ditemukan
mudah untuk proses cantuman seterusnya




Saling bantu membantu memnberikan 
idea dan pendapat dalam mencantumkan puzzle




Puzzle yang telah lengkap, dilekatkan 
atas gabus putih




Semua ahli bersatu hati bagi memastikan 
puzzle dapat dicantumkan




Lekat-lekat, jangan tak letak. 
Mula dari barisan atas.




Gambar pelu diambil sebagai tanda kenangan 
kerjasama ahli kumpulan kuning




Fokus untuk selesaikan cantuman puzzle




Akhirnya, puzzle yang telah lengkap 
dicabtumkan: Fokus Utama





RUMUSAN GAME 4

Kerja yang sukar pasti boleh berjaya sekiranya setiap ahli kumpulan sama-sama berganding bahu menyelesaikan misi yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 


FOKUS ---> BOLEH ---> BUAT


Day 1 - 28 Jan 2022: Let's Roll BPD (Activites 3)

 


Barakah Hotel Ampang, KL


Activities Let's Roll BPD

Pemantapan Sinergi Keluarga BPD / Keluarga UiTM


Game Ketiga: Sampaikan Pesanan


  • Game ini melibatkan 7 pemain.
  • Pemain perlu berbaris dalam 1 barisan.
  • Pemain pertama akan mendengar ayat yang diberikan oleh Urusetia.
  • Pemain pertama perlu menyampaikan ayat tersebut kepada pemain ke-2. 
  • Pemain ke-2 perlu menyampaikan ayat tersebut kepada pemain ke-3 dan seterusnya.
  • Pemain yang terakhir perlu menyampaikan ayat yang telah didengari kepada Urusetia.
  • Urusetia akan menyemak sebanyak mana ayat yang betul telah disampaikan oleh pemain.



Team Kuning: Annuar, Najib, Sohaimi, Fatin, Norhaida, Sabarina dan Khairul





Najib sampaikan ayat kepada Annuar




Norhaida sampaikan ayat kepada Fatin





Annuar pemain terakhir perlu mengucapkan ayat 
yang telah didengari kepada Urusetia




Annuar mengucapkan ayat yang telah 
didengarinya kepada Urusetia




RUMUSAN GAME 3


Setiap arahan yang diberikan akan difahami dan diinterpertasi secara berbeza-beza bagi setiap orang. Ini kerana pemahaman dan persepsi setiap orang tidak sama. Oleh yang demikian, komunikasi dalam melakukan sebarang tugasan adalah amat penting bagi mengelakkan salah faham dari berlaku. 





Day 1 - 28 Jan 2022: Let's Roll BPD (Activites 2)

 


Barakah Hotel Ampang, KL


Activities Let's Roll BPD

Pemantapan Sinergi Keluarga BPD / Keluarga UiTM


Game Kedua:Pembinaan Menara Kuning


Bahan-bahan yang diberikan:

  • Straw
  • Cawan kertas
  • Pinggan kertas
  • Gunting
  • Bendera
  • Salotape (ambil sekadar diperlukan sahaja)



En Roslimi membuat perancangan bentuk menara yang akan dibina




Selepas mencapai kata putus, menara dibina mengikut perancangan.
Semua ahli tema kuning memberikan kerjasama yang baik untuk 
membina menara kuning yang tinggi dan kukuh.




Semua saling bantu membantu bagi memastikan 
menara kuning kekal teguh berdiri





Akhirnya telah berdiri Menara Kuning dengan teguh




RUMUSAN GAME 2

Setiap tugasan yang diberikan perlu mempunyai perancangan terlebih dahulu. Selepas semua bersetuju dan jelas dengan perancangan yang ditetapkan, baharulah kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Semua ahli telah memberikan kerjasama yang baik dalam membina Menara Kuning.






Team Kuning Bersama Pengerusi Kumpulan Kuning

  Barakah Hotel Ampang, KL Gambar Kenangan Team Kuning  Bersama Pengerusi Kumpulan  Pn Suriani Musa L-R (B): Kak Haida, Wani, Pn Suriani, No...