Barakah Hotel Ampang, KL
Activities Let's Roll BPD: Together We Achieve More
Sumbangan dan tanda ingatan oleh
Pendaftar UiTM Tn Hj Mohamad Nizam Noordin
kepada semua staf BPD
"Ku Sempurnakan Seikhlas Hati"
Team Kuning bergambar kenangan bersama Pendaftar UiTM
Tn Hj Mohamad Nizam Noordin
RUMUSAN
Staf perlu amalkan dan menerapkan nilai-nilai ESI dan iDART dalam setiap tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk memastikan GRU2025 tercapai. Dalam usaha mencapai GRU2025, ianya perlu bermula dari akar umbi yang myokong misi dan visi universiti.
Stress ibarat seseorang yang menggenggam tangannya dengan kuat dan ianya memenatkan. Jadi, lepaskan genggaman itu. Jika stress berceritalah pada kawan yang betul. Jangan kongsi dengan sebarangan orang kerana rahsia kita boleh menjadi senjata kepada mereka yang mahu mengambil kesempatan. Oleh yang demikian, tempat pengaduan yang terbaik adalah dengan Allah swt sahaja. Jangan sesekali kongsikan masalah peribadi dan keluarga dengan rakan opis. Ini kerana boleh mewujudkan salah faham jika dikongsikan dengan rakan berlainan jantina. Seelok-eloknya hanya kongsikan masalah yang berkaitan dengan kerja di pejabat sahaja.
"Ku sempurnakan seikhlas hati"... Ingatan bersama untuk semua ketika jalankan tugas dan tanggungjawab, perlu sempurnakan seikhlas hati. Walaupun tanpa balasan yang mungkin tidak akan diterima, lakukan kerja dengan ikhlas kerana Allah swt.
Perlu jaga solat. Solatlah diawal waktu... walau sesibuk mana pun... sebab panggilan solat adalah lebih utama.
No comments:
Post a Comment